Renungkan lah sahabat-sahabat...^_^
Sunday 30 October 2011
Saturday 29 October 2011
Muhasabah Cintaku
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Friday 28 October 2011
"CEMERLANG"
As salam..teman-teman seperjuangan... syukur di hari yang mulia ini diberi kesempatan untuk menghadiri majlis restu ilmu anjuran pihak kolej... Antara pengisiannya ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali yg betul2 memberi kesedaran kepada diriku sebagai seorang pelajar... Kata ustaz,kita perlu ada cita-cita... Dalam Islam tidak salah untuk meletakkan cita-cita yang tinggi,krn ia bukan bermaksud kita riak tetapi ia merupakan semangat untuk menjadi orang yang berjaya....
Ustaz memberi kata kunci "CEMERLANG" untuk menjadikan kita sebagai orang yang berjaya...
C = Cita-cita
E = Emosi
M = Malu
E = Erat
R = Rajin
L = Luhur
A = Amal Ibadat
N = Nahi Mungkar
G = Gigih
Pentingya ciri-ciri di atas dipupuk dan dilakukan untuk kita jadi orang yang cemerlang... Ustaz juga menekankan betapa penting nya berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tidak menghampakan harapan mereka... Bagaimana???? Mudah sahaja, belajar dengan bersungguh-sungguh serta sentiasa mendoakan mereka..supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya ...
Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat...
Penting juga kita untuk berbuat baik kepada guru yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada kita semua...Tanpa restu ibu bapa dan guru,kita tidak akan beroleh kejayaan..
Ya ALLAH ,ampunilah dosaku,dosa kedua ibu bapa ku dan guru-guruku... amiin..
Diharap ilmu yang diperoleh tadi akan terus kita amalkan dan sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain...
WALLAHU'ALAM...^_^
Tuesday 25 October 2011
Festival Tarbiyah Islamiyyah (FESTI)
Assalam....Alhamdulillah...memanjatkan kesyukuran pd Yang Maha Esa krn dgn izinNya telah menyempurnakan Festival Tarbiyah Islamiyyah (FESTI) anjuran IFS dengan jayanya..... banyak perubahan yang dilakukan untuk sem ni termasuklah nama festival tersebut... Menggalas tugas sbg AJK Pertandingan benar2 menguji kesabaran diri ini untuk menguruskan semua pertandingan sepanjang festival itu... ALHAMDULILLAH berkat kesabaran yang ALLAH kurniakan dapat diri ini menjalankan tugas dengan baik wlpn pelbagai ujian yang berlaku.... terima kasih kepada semua terutama Exco Surau yg banyak membantu dalam menjayakan FESTI ini... semoga usaha kita semua untuk memperkenalkan dan meningkatkan martabat Islam diterima dan diberkati ALLAH... amin.... semoga FESTI ini menjadi tonggak kita untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat... ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami (IFS).. TERIMA KASIH kepada semua yang membantu...jumpa lagi di FESTI semester depan....insyaALLAH..:)
Saturday 8 October 2011
Ujian itu tanda kasih sayang ALLAH...
As salam..sahabatku... jangan dikau bersedih apabila menerima musibah dari YANG MAHA KUASA.. sebaliknya ucaplah ALHAMDULILLAH kerana dirimu diuji.... dirimu sungguh beruntung kerana semakin banyak ujian yang engkau perolehi ,semakin banyak kasih sayang ALLAH pada mu... ALLAH uji bermakna bukan ALLAH benci...fahami lah... bersabarlah.. sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar... ingatlah Firman ALLAH..:
surah Al-Ankabut ayat 2-3 bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
ayat 45 surah al-Baqarah,
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk....
Ya,ALLAH...hamba memohon keampunan MU Ya ALLAH...tabahkan hatiku dalam menghadapi setiap ujianMU...Sesungguhnya Engkau MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI... Amin...
sayang abah...
Alhamdulillah...syukur ya ALLAH kerana menganugerahkan ku seorang abah yang sungguh bernilai yang tidak boleh ditukar ganti walau dengan apa skalipun... abah seorang yang tabah, yang sanggup berkorban untuk anaknya... abah yang sanggup mencari nafkah siang dan malam untuk menyediakan keperluan untuk anaknya... abah sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya... sejak ibu pergi,abah lah yang menggantikan tempat ibu mencurahkan kasih sayang pada anak-anaknya... selain ibu,abah lah orang yang paling diriku sayangi..tidak sanggup lagi untuk melukakan hati abah... akan ku turutkan segala kemahuan abah selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.. akan ku jaga abah sehingga akhir hayatnya... Ya ALLAH ,bahagiakan dan sejahterakn abah ku di dunia dan di akhirat...
Subscribe to:
Posts (Atom)