Sunday 30 October 2011

Kahwin Awal????

 Assalamu'alaikum.... saya tertarik ketika membaca artikel ini... Betapa indahnya Islam untuk memudahkan umatnya membina baitul muslim... semuanya ada hikmah di sebalik nya...


SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Renungkan lah sahabat-sahabat...^_^


Saturday 29 October 2011

Muhasabah Cintaku

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
 
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Friday 28 October 2011

"CEMERLANG"

As salam..teman-teman seperjuangan... syukur di hari yang mulia ini diberi kesempatan untuk menghadiri majlis restu ilmu anjuran pihak kolej... Antara pengisiannya ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali  yg betul2 memberi kesedaran kepada diriku sebagai seorang pelajar... Kata ustaz,kita perlu ada cita-cita... Dalam Islam tidak salah untuk meletakkan cita-cita yang tinggi,krn ia bukan bermaksud kita riak tetapi ia merupakan semangat untuk menjadi orang yang berjaya....

Ustaz memberi kata kunci "CEMERLANG" untuk menjadikan kita sebagai orang yang berjaya...

  C  = Cita-cita
  E  = Emosi
  M = Malu
  E  = Erat
  R  = Rajin
  L  = Luhur
  A  = Amal Ibadat
  N  = Nahi Mungkar
  G  = Gigih

Pentingya ciri-ciri di atas dipupuk dan dilakukan untuk kita jadi orang yang cemerlang... Ustaz juga menekankan betapa penting nya berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tidak menghampakan harapan mereka... Bagaimana???? Mudah sahaja, belajar dengan bersungguh-sungguh serta sentiasa mendoakan mereka..supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya ...

Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat...

Penting juga kita untuk berbuat baik kepada guru yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada kita semua...Tanpa restu ibu bapa dan guru,kita tidak akan beroleh kejayaan.. 

Ya ALLAH ,ampunilah dosaku,dosa kedua ibu bapa ku dan guru-guruku... amiin..

Diharap ilmu yang diperoleh tadi akan terus kita amalkan dan sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain...

WALLAHU'ALAM...^_^





Tuesday 25 October 2011

Festival Tarbiyah Islamiyyah (FESTI)

Assalam....Alhamdulillah...memanjatkan kesyukuran pd Yang Maha Esa krn dgn izinNya telah menyempurnakan Festival Tarbiyah Islamiyyah (FESTI) anjuran IFS dengan jayanya..... banyak perubahan yang dilakukan untuk sem ni termasuklah nama festival tersebut... Menggalas tugas sbg AJK Pertandingan benar2 menguji kesabaran diri ini untuk menguruskan semua pertandingan sepanjang festival itu... ALHAMDULILLAH berkat  kesabaran yang ALLAH kurniakan dapat diri ini  menjalankan tugas dengan baik wlpn pelbagai ujian yang berlaku.... terima kasih kepada semua terutama Exco Surau yg banyak membantu dalam menjayakan FESTI ini... semoga usaha kita semua untuk memperkenalkan dan meningkatkan martabat Islam diterima dan diberkati ALLAH... amin.... semoga FESTI ini menjadi tonggak kita untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat... ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami (IFS).. TERIMA KASIH kepada semua yang membantu...jumpa lagi di FESTI semester depan....insyaALLAH..:)

Saturday 8 October 2011

Ujian itu tanda kasih sayang ALLAH...


As salam..sahabatku... jangan dikau bersedih apabila menerima musibah dari YANG MAHA KUASA.. sebaliknya ucaplah ALHAMDULILLAH kerana dirimu diuji.... dirimu sungguh beruntung kerana semakin banyak ujian yang engkau perolehi ,semakin banyak kasih sayang ALLAH pada mu... ALLAH uji bermakna bukan ALLAH benci...fahami lah... bersabarlah.. sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar...  ingatlah Firman ALLAH..: 


surah Al-Ankabut ayat 2-3 bermaksud:


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
 

ayat 45 surah al-Baqarah,
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk....

 Ya,ALLAH...hamba memohon keampunan MU Ya ALLAH...tabahkan hatiku dalam menghadapi setiap ujianMU...Sesungguhnya Engkau MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI... Amin...

sayang abah...

Alhamdulillah...syukur ya ALLAH kerana menganugerahkan ku seorang abah yang sungguh bernilai yang tidak boleh ditukar ganti walau dengan apa skalipun... abah seorang yang tabah, yang sanggup berkorban untuk anaknya... abah yang sanggup mencari nafkah siang dan malam untuk menyediakan keperluan untuk anaknya... abah sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya... sejak ibu pergi,abah lah yang menggantikan tempat ibu mencurahkan kasih sayang pada anak-anaknya... selain ibu,abah lah orang yang paling diriku sayangi..tidak sanggup lagi untuk melukakan hati abah... akan ku turutkan segala kemahuan abah selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.. akan ku jaga abah sehingga akhir hayatnya... Ya ALLAH ,bahagiakan dan sejahterakn abah ku di dunia dan di akhirat...